Tiga individu ditahan kerana bergaya dengan kereta klon

1928

Dalam Op Kenderaan Klon pada Rabu lalu, pihak polis berjaya menahan tiga individu iaitu dua lelaki dan seorang wanita atas kesalahan memiliki kereta klon yang dibawa masuk dari Singapura. 

kereta klon

Ketiga-tiga suspek berusia 29 hingga 45 tahun ditahan di Banting dan Kajang, Selangor serta Rembau, Negeri Sembilan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.



Menurut Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun bersama kereta Honda Civic di sebuah rumah di Banting pada 3 petang.

Tambahnya, pemeriksaan mendapati nombor casis dan enjin kereta itu didaftarkan atas sebuah kenderaan lain.

“Bertindak atas maklumat, polis menyerbu sebuah bengkel di Taman Bukit Mewah, Kajang dan menahan lelaki warga Indonesia berusia 29 yang bekerja di bengkel terbabit pada 6 petang.

“Pemeriksaan ke atas kereta Audi A4 mendapati ia adalah kenderaan klon dan polis turut menemui sebuah kereta Mini Cooper S dalam keadaan mencurigakan di bengkel itu, katanya.

Mohd Nadzri berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kereta Mini Cooper S adalah kenderaan klon milik seorang wanita yang dihantar untuk dibaiki selain dijual.

Katanya, berikutan itu polis menahan wanita berusia 36 tahun itu di Rembau, Negeri Sembilan pada 7.10 malam.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here