Dilaporkan dicuri, polis nafi kereta tular di media sosial ialah kereta klon

1469

Pihak polis menafikan gambar tular di media sosial, yang mendakwa kereta jenis Mazda yang ditemui di kawasan parkir di Bangi, dekat Kajang adalah kereta klon.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata kereta itu sebaliknya dilaporkan dicuri di Beserah, Kuantan.



“Kita ada terima laporan berhubung penemuan kereta itu di kawasan berkenaan.”

“Polis akan menghantar kenderaan itu ke Kuantan selepas siasatan mendapati ia dicuri di sana. Setakat ini, tiada pemandu atau individu dikesan mencuri kereta terbabit,” katanya.

kereta klon

Sebelum ini, tular di media sosial kononnya pemilik kereta tulen Mazda dari Johor berjaya menjejaki ‘kembarnya’ di Bangi. Kereta Mazda yang ditemui di parkir itu dikatakan kereta klon.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here