Padah guna laluan kecemasan sebab nak cepat, pemandu Mazda 2 ditahan polis trafik

1815

Penggunaan laluan kecemasan untuk kepentingan diri sering dilakukan oleh sesetengah pemandu di negara kita. Baru-baru ini, hal seperti ini berlaku di jalan raya dekat kawasan Ara Damansara.

laluan kecemasan

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, sebuah kereta Mazda 2 dirakam memandu laju di laluan kecemasan.



Video tersebut berjaya dirakamkan oleh sebuah dashcam kereta pengguna jalan raya yang lain.

Melalui rakaman, kejadian itu berlaku pada 19 Ogos iaitu pada 8.20 pagi di mana jalan tersebut dilihat sibuk dengan banyak kenderaan lain.

Kereta Mazda tersebut dilihat dipandu laju di lorong kecemasan namun tidak lama selepas itu, pemandu kereta tersebut secara tiba-tiba masuk semula ke kanan.

Rupa-rupanya, ada polis trafik bertugas menjaga laluan kecemasan tersebut. Mengelak untuk ditahan, pemandu Mazda tersebut terus memandu ke lorong paling kanan untuk lari dari polis trafik berkenaan.

Akan tetapi, anggota polis trafik tersebut berjaya mengesannya. Dalam video itu, polis terbabit dilihat berada di tengah jalan dan menahan pemandu Mazda serta memintanya berhenti di tepi.

laluan kecemasan

Video ini telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang berterima kasih kepada polis trafik tersebut.

Rata-rata mereka berpuas hati apabila pemandu Mazda tersebut ditahan kerana tindakannya yang pentingkan diri sendiri itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here