Ketua Pengarah MIROS: Laluan motosikal wajar dipisahkan dengan kenderaan lain

3329

Penggunaan laluan kecemasan oleh motosikal adalah satu kesalahan yang menyalahi undang-undang jalan raya namun dalam keadaan tertentu, mereka wajar diberi kelonggaran terutama dalam isu berkaitan keselamatan.

laluan motosikal

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Khairil Anwar Abu Kassim, berkata umum mengetahui lorong kecemasan dikhaskan untuk kenderaan pihak berkuasa sekiranya ada berlaku hal kecemasan selain ruang untuk pengguna lebuh raya berhenti sekiranya kenderaan mereka rosak.



“Menurut undang-undang, memang menjadi satu kesalahan sekiranya lorong kecemasan digunakan oleh mana-mana kenderaan termasuklah motosikal dan boleh dikenakan tindakan.”

“Bagaimanapun, dalam konteks keselamatan, adalah lebih baik memisahkan kenderaan lain yang lebih besar seperti kereta atau kenderaan berat yang berada di laluan sama dengan motosikal.”

“Justeru penunggang motosikal digalakkan menunggang di sebelah kiri laluan dan jika ada keperluan, mereka boleh menggunakan lorong kecemasan namun perkara itu masih di peringkat perbincangan,” katanya.

Penyelesaian sementara

Menurut Khairil Anwar, membenarkan motosikal menggunakan lorong kecemasan boleh dianggap sebagai penyelesaian sementara dalam situasi tertentu, contohnya di lebuh raya yang mengalami kesesakan trafik.

Namun penunggang motosikal tidak sepatutnya menganggap lorong kecemasan itu adalah milik mereka.

“Kita masih meneliti perkara ini kerana masih wujud risiko lain seperti kemalangan membabitkan penunggang motosikal dengan kenderaan rosak yang berhenti di laluan kecemasan.

“Penunggang motosikal juga harus mematuhi undang-undang yang sudah dimaktubkan bahawa tiada kenderaan boleh menggunakan lorong kecemasan dan sekiranya ada keperluan untuk menggunakan lorong kecemasan, mereka perlu menggunakannya secara berhemah.”

laluan motosikal

“Ini bagi mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan, dan dalam masa sama mereka perlu mematuhi had laju yang ditetapkan serta peka dengan situasi di laluan itu.”

“Kita kerap mendengar berlaku kemalangan membabitkan motosikal dengan kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak atau ada kenderaan lain yang tiba-tiba menukar laluan dan masuk ke lorong kecemasan.”

“Perkara ini boleh dielakkan sekiranya penunggang motosikal menggunakan llorong kecemasan dengan berhati-hati. Lorong kecemasan bukanlah laluan khas motosikal,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here