Peugeot 3008 versi 2020 lebih hensem, lebih teknologi, dapat pilihan hibrid

1816

Peugeot telah mendedahkan 3008 SUV secara global semalam dengan pelancaran secara online. SUV itu kini tampil dengan lebih gaya elemen harimau, padat dengan teknologi, dan ditawarkan dalam pilihan enjin petrol, diesel serta PHEV (plug-in hybrid).

Rekabentuk lebih kontemporari



Dari rupa luaran, Peugeot 3008 menampilkan rekaan gril tanpa bingkai yang menampakkan lampu LED duduk sekali di dalamnya.

Lampu LED ini adalah rekaan baharu sepenuhnya, dengan DRL seperti cangkuk atau taring, dan krom di hujungnya. Varian GT dan GT Pack akan mendapat lampu dengan fungsi belok.

Lampu LED belakang nampak masih sama dengan 3008 sebelum ini, dengan rekaan ‘3D claws’, dan mendapat kemasan smoked yang sedikit gelap.

Pelengkap kepada gaya luaran ini ialah rim aluminium bertatahkan berlian “San Francisco” 19-inci rekaan baharu.

Peugeot 3008 boleh didapati dengan warna-warna berikut: Vertigu Blue (baharu), Pearl White, Artense Grey, Platinum Grey, Perla Nera Black, dan Ultimate Red.

Kabin dalaman dan i-Cockpit

Di dalam, 3008 2020 mendapat i-Cockpit baharu dengan skrin instrumen 12.3-inci di depan pemandu, dan skrin tengah 10-inci untuk fungsi infotainmen yang menyokong Apple CarPlay serta Android Auto.

Seperti biasa, skrin tengah ini turut ditemani dengan suis-suis seperti butang piano untuk kawalan terus kepada radio, penghawa dingin, navigasi, tetapan kenderaan, telefon dan aplikasi mudah-alih.

Tempat duduk dan kemasan papan pemuka boleh dipilih dengan pilihan kombinasi kulit Red Nappa, Black PET/Alcantara dan Mistral Nappa, serta elemen Dark Lime Wood untuk GT dan GT Pack.

Pilihan enjin

Dua enjin petrol ditawarkan, iaitu 1.2-liter 3-silinder PureTech 130 (130hp dan 230Nm) dengan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan.

Enjin petrol kedua ialah 1.6-liter 4-silinder PureTech 180 (180hp dan 250Nm) dengan automatik 8-kelajuan.

Enjin diesel turut ditawarkan, iaitu 1.5-liter BlueHDi yang menjana 130hp dan 300Nm, dengan kombinasi manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan.

Sementara itu, 3008 kini mendapat varian hibrid, iaitu:

  • Hybrid 225: Enjin 1.6-liter PureTech 180 yang digabungkan dengan motor elektrik 80kW (110hp), menghasilkan 225hp dan 360Nm tork
  • Hybrid4 300: Enjin 1.6-liter PureTech 180 dengan dua motor elektrik. Jumlah sistem ialah 300hp dan 520Nm tork

Padat dengan teknologi

Peugeot 3008 ini padat dengan teknologi terkini untuk kemudahan dan keselesaan pemanduan. Antaranya adalah:

  • Night Vision yang mengesan pejalan kaki dan haiwan
  • Adaptive Cruise Control
  • Visiopark 1 dengan kamera 180-darjah
  • Visiopark 2 dengan kamera depan dan belakang 360-darjah
  • Park Assist
  • Amaran aktif tersasar lorong
  • Driver Warning Alert
  • Kawalan lampu tinggi automatik
  • Pengecaman papan tanda
  • Active Blind Spot Monitoring
  • Advanced Grip Control
  • Hill-Assist Descent Control

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here