Selepas dilanggar, pemilik kereta ini diberi ganti rugi dengan dua keping coklat

1668

Siapa yang tidak terkejut, kecewa dan marah apabila kereta yang ditinggalkan di tempat letak kereta dilanggar? Lebih-lebih lagi jika pelaku melarikan diri dan tidak mahu bertanggungjawab.

Terbaharu, sebuah video tular di media sosial menerusi laman Twitter @rempitlogic memaparkan kereta seorang wanita dilanggar ketika dia membeli barang di pasaraya.



Wanita itu menemui sekeping nota bersama dua coklat Hershey’s diletakkan di cermin hadapan keretanya.

ganti rugi coklat

Nota yang diletakkan bersama dengan dua keping coklat itu adalah nota minta maaf ditujukan kepada wanita tersebut kerana keretanya dilanggar dan coklat itu pula merupakan ‘ganti rugi’ kerana pelakunya tidak mampu membayar kerosakan pada kereta tersebut.
 

Wanita itu menyangka kerosakan pada keretanya tidak begitu teruk kerana dibayar dengan coklat tetapi keadaan keretanya yang kemik teruk di bahagian sisi membuatkan dia terkejut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan para netizen memahami perasaan wanita itu dan juga berasa terhibur dengan tindakan si pelaku. Malah, ada juga yang berasa marah dengan tindakan pelaku.

Apa pendapat anda?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here