JPJ: Orang ramai diberi masa hingga 30 September untuk perbaharui lesen masing-masing

2440

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dilaksanakan pada bulan Mac 2020, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan pengecualian pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kepada orang ramai.

Hal ini bertujuan supaya mengelakkan kesesakan orang ramai di kaunter-kaunter agensi-agensi berkaitan.



Orang ramai dibenarkan memandu dan menggunakan kenderaan masing- masing semasa PKP dilaksanakan walaupun LMM atau LKM mereka telah tamat tempoh, dengan syarat kenderaan tersebut mempunyai perlindungan insurans yang sah dan masih berkuatkuasa.

Buat masa ini, pengecualian bagi pembaharuan LMM dan LKM masih berkuatkuasa selagi Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 masih dikuatkuasakan. Sejak PKPP, semua kaunter JPJ telah dibuka sepenuhnya seperti biasa.

Memandangkan pelanjutan PKP selepas 31 Ogos 2020 sebagaimana Perutusan Khas YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Ogos 2020, maka pengecualian ini akan ditamatkan melalui satu instrumen pembatalan yang khusus.

Walau bagaimanapun, orang ramai diberi masa untuk perbaharui lesen mereka dalam tempoh 30 hari iaitu sehingga 30 September 2020. 

perbaharui lesen

Pembatalan pengecualian ini adalah selaras dengan kuasa Menteri di bawah seksyen 66(1)(x) dan 127 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pengecualian) 2020.

Dalam masa sama, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat sahih dan tidak menyebarkan berita-berita palsu.

Selain itu, orang ramai yang mengunjungi kaunter-kaunter JPJ atau mana-mana agensi di bawah MOT dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam usaha mencegah penularan pandemik Covid-19.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here