Alex Rins juara MotoGP Aragon, Joan Mir dominasi kutipan mata keseluruhan

1463

Alex Rins berjaya mengatasi saingan sengit yang diberi oleh Alex Marquez untuk muncul juara pada MotoGP Aragon. Kemenangan ini merupakan yang pertama untuk pasukan Suzuki pada musim 2020.

Sementara itu, seorang lagi pelumba pasukan Suzuki iaitu Joan Mir yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga kini mendahului kutipan mata secara keseluruhan, mengatasi Fabio Quartararo sebanyak enam mata.



Dalam perlumbaan yang berlangsung di litar MotorLand Aragon tersebut, Quartararo sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18.

 MotoGP Aragon

Untuk Alex Marquez, kedudukan podium pada perlumbaan kali ini merupakan kali kedua untuk dirinya. Adik kepada juara dunia sembilan kali yang kini cedera tersebut memulakan perlumbaan di petak ke-11.

Rins yang pertama kali menduduki kedudukan podium pada MotoGP British 2019 menjadi salah seorang dari lapan pelumba yang berjaya memenangi siri perlumbaan pada musim 2020.

“Menakjubkan. Sejak awal perlumbaan, saya begitu tenang. Saya melakukan permulaan dengan sangat baik. Menjelang akhir perlumbaan, saya cuba mengatur jarak dengan pelumba yang berada di belakang saya. Ianya sangat luar biasa,” kata Rins.

Keputusan penuh MotoGP Aragon 2020

1. Alex Rins (Suzuki)
2. Alex Marquez (Honda)
3. Joan Mir (Suzuki)
4. Maverick Viñales (Yamaha)
5. Takaaki Nakagami (Honda)
6. Franco Morbidelli (Yamaha)
7. Andrea Dovizioso (Ducati)
8. Cal Crutchlow (Honda)
9. Jack Miller (Ducati)
10. Johann Zarco (Ducati)
11. Brad Binder (KTM)
12. Pol Espargaro (KTM)
13. Aleix Espargaro (Aprilia)
14. Iker Lecuona (KTM)
15. Danilo Petrucci (Ducati)
16. Miguel Oliveira (KTM)
17. Stefan Bradl (Honda)
18. Fabio Quartararo (Yamaha)
19. Bradley Smith (Aprilia)
20. Tito Rabat (Ducati)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here