Oppo Find X2 Pro diinsiprasikan dari Lamborghini Aventador SVJ Roadster

2594

Oppo Find X2 Pro Automobili Lamborghini Edition telah diumumkan ketibaannya di China pada bulan Mac lepas, dengan harga jualan RMB12,999 (RM7,919).

Oppo Lamborghini

Telefon pintar ini dihasilkan melalui kerjasama dari pengeluar supercar Itali iaitu Lamborghini. Ia juga baru sahaja dilancarkan di India. Rekaan kali ini diinspirasikan dari model Lamborghini Aventador SVJ Roadster.



Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga difahamkan memiliki telefon pintar ini, berdasarkan posting di laman Facebook rasmi beliau.

Keunikan telefon ini boleh dilihat dari rupa luarannya, yang menggunakan kemasan gentian karbon pada bahagian belakang, serta modul kamera heksagon dengan sentuhan warna gangsa.

Bahagian belakang telefon ini menggunakan kaca 3D dengan bentuk seakan rupa sebuah supercar.

Oppo Lamborghini

Selain itu, jeriji pembesar suara telefon ini turut menerima sentuhan konsep Lamborghini, dengan rekaan yang serupa seperti bampar belakang kereta tersebut.

Paling penting, terdapat logo “Automobili Lamborghini” di belakang yang menonjolkan gambar lembu jantan garang, logo jenama Lamborghini.

Oppo Lamborghini

Oppo juga menambah tema interface Supercar Lamborghini, berasaskan ColorOS 7.1 yang dibina daripada Android 10. Ia menampilkan latar hitam bersama warna kuning dan gangsa, menonjolkan rasa premium dan berteknologi tinggi.

Pembeli telefon ini turut menerima aksesori eksklusif di dalam kotak, antaranya casing kulit, wireless earphone, dan kepala pengecas SuperVOOC 2.0.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here