Dah overhaul pemilik senyap, tauke bengkel ‘ugut’ nak lerai motor

17914
Seorang pengguna akaun Facebook Ash Mudean berkongsi ragam pelanggan yang hilang selepas motor overhaul atau turun enjin.
 
Pemilik bengkel Ash Mudean Motorsport yang terletak di Pandan Mewah, Selangor itu membaiki skuter Suzuki V100, V125 dan V150. Skuter ini kembali menjadi buruan dan sukar diperolehi kerana tidak dikeluarkan lagi.
 
 
Kerana itulah ada antara pemilik melakukan restorasi sama ada untuk digunakan atau jual semula. Bagaimanapun selepas ‘overhaul’, pemilik tidak muncul mengambil semula motosikal sehingga Ash menanggung kerugian membayar parkir dan alat ganti. 
 
Bukan seorang pelanggan yang ‘buat hal’, Ash perlu menghadapi lebih daripada lima pelanggan yang senyap tidak mengambil motor selepas dibaiki. 
 
 
“Ni la bila kita tolak ansur mulala orang pijak kepala.. bila kita bertindak mula cakap yahudi. Abis nak mcm mana lagi,” katanya.
 
Ash meminta pelanggan untuk mengambil motor mereka sebelum meleraikan komponen untuk dijual.
 
“Parking stor (RM 2), hari cuti Jumaat kita tak kira dari bulan 12 berapa hari, bulan satu berapa hari, bulan dua dan tiga, total 90 hari x RM2 =RM180.
 
 
“Kos sewa parking sejak owner krik-krik, sampailah owner pickup motor, habis dah ni, aku tak tahu nak baik macam mana lagi. Sewa stor bayar tiap bulan, stor penuh dengan motor depa, depa kena bayarla kan, siapa suruh tinggal lama-lama,” rungutnya.
 
Tambahnya dia tidak dapat menerima pelanggan baharu kerana ruangan parkir dipenuhi dengan skuter yang tidak dituntut. 
 
 
“Parking tiada, tak boleh terima motor masuk, semua nak kene keluar sebelum puasa,” jelasnya berkongsi imej skuter yang sudah disiapkan. 
 
Lebih geram, selepas sembilan bulan pemilik enggan mengambil motor setelah restorasi penuh bernilai RM3600.
 
 
“Aku tak mahu motor aku mahu duit aku, dia beli motor RM1500 nak jual pada aku RM1500, aku pula kena bayar dia,” katanya.
 
Selain itu, dia juga berkongsi ingin menjual skrap sebuah motor selepas pemilik menghilangkan diri yang mana Ash terpaksa menanggung kerugian overhaul sebanyak RM800.
 
Berikut antara perkongsian ragam pelanggan yang tidak menuntut motosikal mereka:
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here