Polis buru dua lelaki naik Yamaha Y15ZR ragut warga emas

1117

Semalam tular sebuah rakaman video, yang memamparkan seorang wanita warga emas terpaksa berputih mata apabila disamun dua orang lelaki.

Kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah anaknya di Bandar Tun Razak, Cheras, dan kedua-dua lelaki tersebut kini diburu pihak polis.



“Hasil semakan mendapati kejadian samun berlaku pada pukul 9 pagi apabila dua lelaki bersenjatakan parang dan menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru hitam.

“Suspek dikatakan merentap dua utas rantai leher serta memotong dua utas gelang tangan mangsa dengan alat pemotong menyebabkan mangsa luka pada bahagian tangan,” kata Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar.

Menerusi video berdurasi 14 saat tersebut, dapat dilihat selepas memperoleh hasil samun, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran palsu.

Akibat kejadian itu mangsa yang berusia 77 tahun mengalami kerugian RM25,000, dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here