BMW 840i Gran Coupe kini di Malaysia – sedan mewah sporti berkuasa 340hp, lampu depan laser, RM969k sahaja

2918

Setelah melancarkan BMW M850i xDrive Coupe tahun lepas, BMW Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran versi coupe empat pintu, iaitu 840i Gran Coupe.

Ditawarkan dalam satu varian iaitu 840i Gran Coupe M Sport, sedan sporti dan mewah ini boleh menjadi milik anda pada RM968,800.



Dengan rekabentuk panjang dan rendah, anda pasti nampak jelas ia bukan sedan 5-Series atau 7-Series biasa, tetapi ia lebih berkait dengan model coupe 8-Series.

Seperti biasa, di depan terdapat gril kidney ikonik BMW, diapit oleh lampu laser iaitu lampu paling nipis dalam BMW, lampu belakang LED, dan kemasan M Sport berserta kit BMW M Aerodynamic.

Ciri unik pada 840i Gran Coupe ini ialah tingkap sisi tanpa bingkai (frameless) yang memberikan visual gaya sporti, selain diffuser belakang M Sport. Pelengkap gaya kereta ini adalah satu set rim 20-inci Y 728 M Bicolour.

BMW 840i Gran Coupe ini dipacu oleh enjin 3.0-liter 6-silinder TwinPower Turbo berkuasa 340hp dan 500Nm tork. Dipadankan dengan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan, ia membolehkan 840i ini memecut dari pegun ke 100km/j dalam 5.2 saat dan mencapai kelajuan maksima 250km/j.

Sebagai sebuah BMW yang mementingkan aspek pemanduan, bahagian casis 840i dilengkapi pembinaan badan yang kukuh, suspensi yang ditala oleh pasukan M, stereng aktif integral, differential M Sport, dan suspensi adaptif kawalan elektronik.

Ciri di bahagian kabin termasuklah papan pemuka kulit, tempat duduk sport, tirai gulung, stereng kulit M, kemasan kaca ‘CraftedClarity’, dan bumbung kaca panoramik.

Ciri keterhubungan pula adalah BMW Live Cockpit Professional dengan Head Up Display dan BMW Intelligent Personal Assistant. Kesemua ini boleh diakses melalui skrin instrumen 12.3-inci yang dihubung denagn paparan kawalan bersaiz 10.25-inci.

BMW 840i dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan terkini iaitu BMW Personal CoPilot yang mempunyai sistem seperti amaran terkeluar lorong, bantuan undur trafik, active cruise control, speed limit assist dan forward collision warning.

BMW 840i Gran Coupe M Sport boleh didapati dalam 6 pilihan warna: Barcelona Blue, Sonic Speed Blue, Carbon Black, Black Sapphire, Mineral White dan Sunset Orange. Warna ini boleh dipadan dengan kemasan kulit Merino berwarna Black, Night Blue, Cognac, Tarfuto dan Fiona Red.

Para pelanggan kini boleh menempah BMW 840i Coupé M Sport di https://shop.bmw.com.my/ pada harga RM10,000.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here