Gara-gara kain berpintal pada tayar, remaja ini terseret masuk bahagian belakang motor

2822

Satu video menunjukkan bahagian celah kangkang seorang remaja lelaki tersepit pada tayar motosikal tular di media sosial Indonesia baru-baru ini. 

Dalam video tersebut, kelihatan seorang remaja lelaki berada dalam posisi mengangkang sambil tubuhnya dipegang seorang lelaki lain. Lokasi kejadian bagaimanapun tidak dapat dipastikan.



Difahamkan, kejadian itu berlaku akibat kain yang dipakai remaja berkenaan berpintal pada tayar menyebabkan badannya terseret masuk ke bahagian belakang motor.

Pengguna lain yang melintasi jalan tersebut turut berhenti untuk memberi pertolongan.
Video tersebut sudah ditonton lebih lima ribu kali dan menerima pelbagai rekasi dari netizen. 

Antara komen yang dilontarkan netizen:

“Semoga semuanya baik-baik sahaja dan bahagian sulitnya masih boleh berfungsi di masa depan.”

“Ngilunya.”

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here