Proton Exora meletup, pemandu teksi melecur muka dan lengan

2821

Seorang pemandu teksi melecur ringan pada bahagian muka dan lengan selepas Proton Exora  dipandunya meletup.

Kejadian di Jalan CTA 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang itu berlaku dipercayai berpunca daripada kebocoran gas cecair pembasmi kuman dan penggunaan pemetik api dalam teksi.

Gambar hiasan

Pemandu berusia 64 tahun warga tempatan itu dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.



Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian tersebut kira-kira jam 3.30 petang mengenai sebuah teksi jenis Proton Exora meletup semasa sedang bergerak.

“Siasatan pihak bomba di tempat kejadian mendapati ia berpunca daripada gas cecair pembasmi kuman yang bocor dan ketika itu pemandu sedang menggunakan pemetik api untuk membakar rokok.

“Teksi tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghantar penumpang di KLIA,” katanya.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here