[Video] Amukan potong barisan, pemandu teksi airport Sabah rempuh tiga kereta

1505

Berang apabila pemandu teksi lain memotong barisan, seorang pemandu airport limo mengamuk lalu merempuh tiga kenderaan berhampiran.

Video yang tular sejak semalam itu menunjukkan pemandu teksi berusia dalam lingkungan 60-an merempuh tiga kenderaan lain. Selepas selesai melepaskan amarahnya, lelaki itu turun dari teksinya lalu terbaring berhampiran lokasi kejadian.

Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan. 



Video berdurasi 40 saat itu menunjukkan orang ramai dan pemandu teksi limo lain hanya mampu melihat kejadian berkenaan. 

Pengguna media sosial membuat andaian bahawa kejadian itu berlaku ekoran kesempitan hidup akibat pandemik Covid-19.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian untuk tindakan lanjut.

 
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here