12 rider GrabFood selamatkan keluarga daripada lemas

1852

Kelibat penghantar makanan memberikan bantuan kepada pengguna jalan raya seringkali dikongsi dalam media sosial. Tindakan rider ini perlu dipuji. 

Baru-baru ini, tular kisah sekumpulan penghantar makanan GrabFood dan orang awam bekerjasama membantu menyelamatkan satu keluarga yang terlibat dalam kemalangan.



Kereta yang dinaiki keluarga tersebut terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta yang keluar secara tiba-tiba di simpang kawasan Jalan Camar Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

grabfood keluarga

Difahamkan lebih daripada 12 rider GrabFood segera terjun ke dalam parit sedalam tujuh kaki dan empat kaki lebar untuk mengeluarkan keluarga berkenaan.

Usaha murni mereka menarik perhatian orang ramai dan netizen memuji tindakan rider GrabFood yang terlibat kerana sanggup mempertaruhkan nyawa. 

Keluarga yang terperangkap di dalam kereta tersebut terdiri daripada seorang lelaki dewasa, wanita dan dua orang kanak-kanak, dan mereka semua dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here