Banjir besar di Jerman, wakil jualan Audi ini tanggung kerugian puluhan kereta rosak dan tenggelam

2153

Jerman dan beberapa kawasan di Belgium kini dilanda banjir terburuk dalam tempoh berpuluh tahun. 

gambar hiasan

Bencana alam berkenaan mengorbankan ratusan nyawa dan ribuan rakyat masih lagi belum ditemui.  

Selain itu, kesan banjir berkenaan juga melibatkan kerosakan harta benda penduduk dan lokasi perniagaan.



Menerusi video yang dimuat naik pengedar jualan Audi Zentrum di Leverkusen memaparkan beberapa model Audi mengalami kerosakan teruk.

Video perkongsian Roberto Ciulla di laman Facebook itu menunjukkan  dia melawat pusat pengedar sehari selepas banjir. 

Disebabkan pergerakan air, beberapa buah kereta bertindih dan menyebabkan kerosakan pada bahagian enjin, kabin dan menjejaskan sistem elektronik.

Antara model yang boleh dilihat ialah RS6 Avant, RS Q3 Sportback, e-tron GT, e-tron dan e-tron Sportback, Q3, Q5, dan Q8.

banjir audi

Di ruangan komen, seorang pengguna Facebook lain turut berkongsi satu video yang memaparkan beberapa buah kenderaan utiliti sukan (SUV) terapung dengan paras air hampir mencecah siling tingkat satu bangunan tersebut. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here