Baru lima bulan pakai, Putera Charles jual Tesla Model S pada harga RM481k

937

Baru-baru ini, sebuah Ford Escort yang pernah dimiliki oleh Puteri Diana dijual dalam satu acara lelongan.

Ford Escort Puteri Diana

Sedan yang merupakan hadiah pertunangan kepada Puteri Diana pada tahun 1981 itu dijual pada harga USD72,000 (RM303,084), lebih mahal daripada Mustang Shelby GT500.

Kini, sebuah lagi kereta milik keluarga Diraja Britain mencari pemilik baharu.

Tesla Model S putera charles

Kereta Tesla Model S milik Putera Charles itu disenaraikan untuk jualan di Castle Motors.

Ayahanda kepada Putera William itu sememangnya dikenali sebagai seorang pencinta alam sekitar, jadi tidak hairan beliau memiliki sebuah Tesla Model S untuk melakukan tugas harian diraja. 

Tesla Model S putera charles

Menurut WeBuySupercars, Putera Charles pada mulanya meminta sebuah model demo Model S, akhirnya beliau menyukai kenderaan elektrik tersebut dan menggunakannya selama lima bulan sebelum memutuskan untuk menjualnya.

Model S itu merupakan versi Long Range Plus dengan warna badan Midnight Silver Metallic bersama ruangan dalam yang serba premium. 

Tesla Model S putera charles

Selain pernah menjadi kenderaan keluarga Diraja, apa yang menjadikan Tesla itu lebih istimewa ialah ia merupakan salah satu model Long Range Plus terakhir yang didaftarkan di United Kingdom sebelum dihentikan tahun lalu. 

Harga jualan Model S dengan perbatuan 11,265km itu ialah  USD 114,366 (RM481,423).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here