[Video] “Tidak ada Honda HR-V, tak jadi nikah”

1931

Mas kahwin dalam bentuk wang tunai, satu set alat solat, sehingga barang kemas itu adalah biasa bagi golongan marhaen.

Namun, video pernikahan ini tular gara-gara pengantin perempuan menerima mahar sebuah Honda HR-V. Kejadian yang berlaku di Kabupaten Jepara, Jawa Tengah, Indonesia itu mengundang pelbagai komentar dari netizen.  

gambar hiasan

Video berdurasi 13 saat yang dikongsi akaun TikTok @hli106 itu menunjukkan sebuah HR-V berwarna putih di atas trak yang dihiasi dengan reben di beberapa bahagian kereta. 



Di awal video itu tertulis kapsyen “Jepara keras lur, Ra HRV Ra Gelem Sido Rabi,” (Jepara keras, tidak ada HR-V tidak jadi nikah).

Pada status itu difahamkanpengantin lelaki dari Desa Bandung daerah Mayong menikahi mempelai wanita seorang warga Desa Gemulung daerah Pecangaan, Jepara.

mas kahwin honda hr-v

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut mencapai 1.1 juta tontonan, 41.5k likes, dan pelbagai komen dari warga maya.

Berdasarkan komen dari netizen, kejadian yang berlaku dalam video itu merupakan perkara biasa di Jepara yang mana mas kahwin mestilah sebuah kereta. Jadi mungkin anda yang tidak cukup fulus perlu berfikir panjang jika ingin berkahwin dengan wanita dari Jepara. 

Pasaran Indonesia didatangkan dengan lima pilihan varian Honda HR-V pada harga bermula dari Rp291,200,000 (RM84,512). Bagaimanapun tidak diketahui pengantin perempuan menerima varian yang mana.

Berbanding pasaran Malaysia yang menggunakan enjin 1.8 liter, HR-V di Indonesia didatangkan dengan enjin 1.5 liter (120PS) dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau CVT. 

VIDEO
@perjalananhidupini

#fyp#jeparahits#tukonrb#abotsanggane

♬ Figurinha – Ao Vivo – Douglas & Vinicius

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here