[Video] Lelaki ini dedah satu kawasan kejiranannya miliki jet peribadi!

1639

Jika setiap rumah kejiranan anda memiliki kereta itu adalah biasa kerana setiap orang memerlukan kenderaan untuk bergerak dari titik A ke titik B.

Bagaimanapun, pendedahan pengguna Twitter bernama Devchart ini dengan kapsyen “Gila, aku tahu aku miskin tapi takdala rasa semiskin ini” selepas berkongsi sebuah video Tik Tok menunjukkan setiap penghuni kawasan kejiranan ini memiliki pesawat ringan peribadi.

kejiranan pesawat



Kawasan kejiranan ini tidak sama dengan taman perumahan elit yang mana di ruang parkir  penuh dengan kereta sport mahupun mewah.  

Sebaliknya setiap rumah kawasan kejiranan tersebut memiliki hangar menyimpan kenderaan mereka iaitu pesawat peribadi. 

Tentu anda berasa kool apabila tergolong dalam komuniti fly-in ini. Bagaimanapun tidak diketahui lokasi komuniti berkenaan namun perumahan itu dikelilingi pergunungan yang mungkin terletak di kawasan terpencil dan tidak memiliki akses jalan raya. 

Dalam video tersebut, menunjukkan pencerita mengeluarkan pesawat ringan mereka untuk membeli makanan segera Chick-fil-A sejauh 322km.

Barangkali lokasi perumahan itu sekitar Amerika Syarikat kerana Chick-fil-A merupakan restoran makanan segera popular negara Uncle Sam berkenaan. 

Malah pengguna TikTok itu juga menunjukkan jirannya Bob berlepas menggunakan jet peribadi untuk pergi ke pasar raya.

Video dengan 1.4 juta tontonan itu menarik perhatian ramai malah ada yang berasa pelik selain mempersoalkan komuniti elit itu salah satu penyumbang besar pemanasan global.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here