[Video] “Setiap hari ada saja kemalangan di kawasan ini”, unsur sabotaj atau mistik?- Rakuz Empire

3678

Apabila melalui lokasi hitam mahupun panas perlulah anda berhati-hati bagi mengelak berlakunya kemalangan jalan raya.

Lokasi panas merujuk kepada kawasan sering berlakunya kemalangan. Pemilik akaun tiktok bernama rakuz_empire ini mendedahkan satu lokasi panas sekitar Cheras. 



Katanya menerusi video 2 minit itu: “Dekat sini ada perkongsian buat sahabat yang duduk di Kuala Lumpur terutamanya daerah Cheras, kepada sesiapa yang menggunakan laluan Taman Connaugh nak ke PJ, hati-hati di kawasan bandar Tun Razak sebelum menghala ke Taman Desa yang ada Shell dan Petronas. 

“Sebab kawasan kemalangan, hari-hari eksiden. Hari ni saja enam biji depan mata saya, kalau awak tengok dekat petronas tu ada conman tengah bertenggek, ramai tu dah siap sedia tunggu. Cakap bukan-bukan pun tak boleh tapi fikir-fikir sendirila.

“Saya hari-hari tengok show kereta berpusing, pagar dinding biru tu batu-batu hancur semua kereta langgar tak tau apa malang tempat ni kemungkinan ada minyak ditabur oleh manusia takda hati perut, kemungkinan laluan ni keras takpun ada paku kita tak tahu, hati-hati ye,” jelasnya. 

Video berkenaan mendedahkan setiap hari akan ada kenderaan terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Hubungan Timur Barat bersebelahan Depoh Simpanan Kenderaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari arah Cheras menghala ke Pusat Bandar.

Bahkan sejak 1 Januari hingga 13 Julai lalu lokasi berkenaan merekodkan 28 kes kemalangan.  Bertindak dari aduan yang diterima berhubung rakaman video itu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur memberitahu ada beberapa faktor menyumbang kepada kemalangan di lokasi tersebut.

Penyumbang utama kemalangan di lokasi itu antaranya permukaan jalan licin selepas hujan, bentuk jalan berselekoh dan sikap pengguna jalan raya yang memandu melebihi kelajuan ditetapkan hingga hilang kawalan dan terbabas.

JSPT Kuala Lumpur juga menyatakan akan menyiasat dan menjalankan pemantauan kerap di lokasi itu bagi mengelak sebarang unsur sabotaj yang boleh menyebabkan kemalangan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan bagi mengelak berlakunya kecelakaan.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here