MB Kedah dikompaun pandu uji Ford Ranger Raptor, nilai denda tidak didedahkan

3371

Jun lalu tular di media sosial video dan foto Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memandu uji Ford Ranger Raptor sekitar Juru Auto City, Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat bahkan suri rumah yang memuatnaik imej tersebut turut menjadi mangsa buli siber dan menerima ancaman daripada penyokong Sanusi.

Susulan kejadian tersebut, Sanusi dikompaun kerana didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan berkaitan pandu uji sebuah pikap di Juru, bulan lalu.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abdul Jalil Hassan berkata jumlah kompaun tidak didedahkan seperti kelaziman dalam kes berprofil tinggi.

“Terpulang kepada seseorang pesalah sama ada mahu menerimanya atau mempertikaikan kompaun itu di mahkamah.

“Kami memberi kompaun kepadanya (Sanusi) seperti diarahkan pejabat pendakwa,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan Harian Metro, Sanusi masih belum menerima notis kompaun.

“Saya belum terima notis (membayar kompaun) seperti diperkatakan. Saya tunggulah (notis diserahkan), dah dapat notis, saya pi (pergi) bayar,” katanya.

Sebelum ini, Sanusi menjelaskan kejadian tersebut berlaku secara kebetulan ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu mesyuarat. Beliau berhenti untuk membeli ‘roti dan air’ di kedai RM2 di Juru Auto City.

Kemudian ternampak bilik pameran kereta Ford terletak bersebelahan sebelum berbual dengan jurujualnya. Sanusi kemudiannya menerima tawaran jurujual untuk menaiki kereta terbabit di sekitar kawasan sebelum bergerak ke Kuala Lumpur.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here