Kenderaan masuk Kelantan dari arah utara bertambah 5 peratus

1276

Kemasukan kenderaan dari arah utara menerusi Jalan Gerik- Jeli menuju ke Kelantan bertambah lima peratus sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, pertambahan kenderaan masuk ke negeri itu dari arah utara iaitu Perak, Kedah dan Perlis.



“Mereka yang masuk ke negeri ini ada alasan kerana mempunyai surat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kebanyakan mereka ada surat termasuk mahu menziarahi kematian ahli keluarga, ziarah keluarga yang sakit dan cucuk vaksin Covid-19,” katanya. 

Beliau berkata, di bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan Machang turut berlaku pertambahan sebanyak 15 peratus sejak semalam.

“Pertambahan kenderaan di bandar utama ini kerana orang ramai keluar untuk membeli barang keperluan bagi menyambut Aidiladha.

“Kenderaan di bandar utama ini adalah membabitkan penduduk tempatan atau dari daerah yang sama sahaja,” katanya.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here