Polis buka kertas siasatan MB Kedah pandu uji Ford Ranger Raptor ketika PKP

1684

Polis membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berikutan dakwaan beliau memandu uji sebuah Ford Ranger Raptor di Juru Autocity, Pulau Pinang semalam. 

ford ranger raptor

Siasatan itu dibuat selepas beberapa keping gambar menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu memandu uji trak pikap itu tular di media sosial, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad.



“Kita akan panggil beliau serta pemilik pusat pameran berkenaan untuk siasatan lanjut. Siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan/ Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021,” kata Shafee.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan Sanusi berada di pusat pameran berkenaan pada jam 6:30 petang semalam.

Hantaran yang dimuat naik pemilik Facebook itu turut menunjukkan Sanusi memandu uji Ranger Raptor itu ditemani sorang lelaki yang dipercayai wakil jualan bilik pameran itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here