China wajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak

1039

Penggunaan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak telah diwajibkan dalam undang-undang perlindungan di China. Undang-undang ini baru disemak semula, dan berkuatkuasa pada Selasa lalu.

kerusi keselamatan kanak-kanak china
gambar hiasan

Undang-undang tentang perlindungan kanak-kanak bawah umur menetapkan bahawa ibu bapa atau penjaga wajib mengambil langkah keselamatan, termasuk memasang kerusi keselamatan.

Selain itu, mereka juga perlu mendidik kanak-kanak di bawah umur untuk mematuhi peraturan lalu lintas bagi melindungi mereka dari kemalangan jalan raya.



Penetapan itu juga akan menjadi panduan untuk penyemakan undang-undang keselamatan lalu lintas jalan raya dan penyempurnaan peraturan perlindungan tempatan, kata Zhu Zhengfu, penasihat politik khas dalam urusan perundangan.

Selain kerusi keselamatan, beberapa pakar mencadangkan bahawa usaha dari keluarga, sekolah, jabatan lalu lintas, pengawal selia pasaran dan pihak lain turut diperlukan dalam usaha memastikan keselamatan jalan raya untuk kanak-kanak.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here