Dua kanak-kanak rembat Chevrolet Malibu untuk berenang dengan ikan lumba-lumba

360

Dua kanak-kanak perempuan di Utah, Amerika Syarikat bertindak ‘mencuri’ Chevrolet Malibu milik ibu bapa mereka, supaya mereka dapat ke California untuk berenang dengan ikan lumba-lumba.

Chevrolet Malibu kanak-kanak

Mereka yang masing-masing berusia sembilan dan empat tahun bertindak keluar dari rumah pada pagi Rabu lalu.

Dengan adik perempuannya di tempat duduk penumpang, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu bertindak memandu sejauh 16km dari rumah mereka menuju ke lebuh raya Route 201.

Dua kanak-kanak ini tidak bernasib baik kerana ketika dalam perjalanan, kerana kereta yang dinaiki mengalami kemalangan dimana ianya bertembung dengan sebuah kereta lain dan sebuah trak-semi. 

Mereka bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan kerana memakai tali pinggang keledar dan dilindungi oleh beg udara.

“Mereka bercakap tentang pergi ke California untuk berenang dengan lumba-lumba dan pergi ke pantai dan mereka bangun pada pukul 3 pagi. Ibu bapa mereka sangat terkejut apabila mendapati anak-anak mereka hilang,” kata Detektif Scott List dari polis Jordan Barat. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here