12,000 permohonan rentas daerah dan negeri setiap hari diluluskan sejak 1 Jun – PDRM

1231

Sebanyak 12,000 permohonan rentas daerah dan negeri setiap hari sejak sejak penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh (SPP) dikuatkuasakan 1 Jun lalu diluluskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

gambar hiasan

Permohonan rentas daerah dan negeri yang diluluskan itu adalah bagi permohonan membabitkan kematian, kecemasan dan pemohon yang bekerja sendiri, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata PDRM juga menutup 118 jalan kecil yang sebelum ini digunakan orang awam sebagai jalan alternatif untuk merentas daerah dan negeri di seluruh negara.



permohonan rentas daerah dan negeri

“Tinjauan di lebuh raya-lebuh raya utama di seluruh negara juga mendapati kadar aliran kenderaan menurun kepada sekitar 500,000 kenderaan sehari berbanding 1.3 juta kenderaan sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan,” tambah Hamzah.

Sementara itu, beliau memaklumkan kira-kira 85,000 pemeriksaan harian dilaksanakan PDRM dan agensi-agensi berkaitan sejak 1 Jun selaras pelaksanaan SPP.

Beliau berkata, hampir 35,000 premis diperiksa termasuk pasar raya, restoran, kilang dan tempat-tempat yang dibenar beroperasi di seluruh negara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here