Penganjur batalkan GP Singapura, bimbang penularan Covid-19

745

Kalendar Formula 1 2021 terpaksa diubah sekali lagi, kerana Grand Prix (GP) Singapura yang dijadualkan berlangsung pada 1-3 Oktober telah dibatalkan.

gp singapura 2021

Keputusan ini dibuat oleh penganjur GP Singapura itu sendiri, yang menyatakan kebimbangan mereka terhadap kes Covid-19.



“Kami faham bahawa peminat sangat menantikan edisi baharu GP Singapura,” kata Colin Syn, wakil ketua GP Singapura.

“Membatalkan acara ini untuk tahun kedua adalah keputusan yang sangat sukar, tetapi perlu dilakukan memandangkan sekatan terhadap acara secara langsung di Singapura,” tambahnya.

Selain GP Singapura, GP China dan Turki yang dijadualkan berlangsung pada awal musim terpaksa dibatalkan dengan alasan yang sama. 

Tiket untuk GP Singapura masih belum dikeluarkan dan dijual, malah masih ada pemegang tiket kejuaraan pada tahun 2020 untuk digunakan pada tahun 2021. Menurut penganjur, kesemua wang pemilik tiket akan dikembalikan semula.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here