7-Eleven sedia 500 stesen pengecasan EV di Amerika Syarikat dan Kanada

1372

Rangkaian kedai serbaneka, 7-Eleven akan menyediakan 500 stesen pengecasan pantas kenderaan elektrik di 250 cawangan mereka sekitar Amerika Syarikat dan Kanada menjelang penghujung tahun 2022.

Syarikat itu telah menyediakan 22 stesen pengecasan pantas kenderaan elektrik di 14 cawangan mereka di Amerika Syarikat, dan berharap dengan penambahan yang dilakukan, mereka akan menjadi rangkaian pengecasan pantas terbesar di negara tersebut.



“7-Eleven selalu mengeluarkan idea dan teknologi baharu untuk menawarkan pelanggan keperluan yang lebih baik,” kata Presiden dan CEO 7‑Eleven, Joe DePinto.

“Kami akan menjadikan pengecasan EV lebih mudah dan membantu mempercepatkan penggunaannya dengan lebih luas. Kami komited kepada komuniti pelanggan dan berusaha menuju masa depan yang lebih lestari,” tambahnya.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen yang dilakukan oleh 7-Eleven bagi  mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Pada tahun 2016, mereka menyatakan akan membantu untuk mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 20 peratus menjelang tahun 2027.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here