Ford Ranger Raptor X Special Edition untuk pasaran Malaysia, warna True Red sahaja, RM217k

2084

Kalau anda rasa Ford Ranger Raptor biasa tak cukup menyerlah dan rare, kini Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) ada tawaran terbaharu.

Mereka telah melancarkan Ranger Raptor X Special Edition untuk pasaran Malaysia dengan warna True Red. Garang habis! Ini juga warna merah pertama dalam pasaran untuk trak pikap berprestasi tinggi itu.



Selain warna merah garang, ia juga mendapat pelekat badan dan alas kaki khas, berbeza dari Raptor sebelum ini.

Tiada perubahan dari aspek lain, enjinnya masih menggunakan unit 2.0-liter diesel bi-turbo yang menjana 213hp dan 500Nm tork, serta dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan.

Suspensi Fox Racing dinaik taraf

Ia turut mendapat suspensi Fox Racing Shox, Sistem Kendalian Permukaan (Terrain Management System) dengan enam mod termasuk Mod Baja, dan keupayaan redahan air sedalam 850mm.

Kelengkapan lain termasuklah kamera 360-darjah, perakam video digital (DVR) Kenwood, bantuan pemanduan Autonomous Emergency Braking dengan Vehicle and Pedestrian Detection, Forward Collision Warning, dan Lane Departure Warning and Assist.

Ford Ranger Raptor X edisi khas ini dijual pada harga RM216,888, iaitu RM8,000 lebih dari varian biasa sebelum ini.

Dengan penarafan lima bintang NCAP, Ford Ranger Raptor X Special Edition didatangkan dengan waranti pengeluar selama lima tahun atau 160,000km (yang mana terdahulu) untuk model keluaran 2021 ke atas dan disasarkan untuk memberi nilai yang lebih baik kepada pemilik Ranger baharu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.sdacford.com.my atau berbual secara langsung di talian WhatsApp +6019 204 1200 dari Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 7 petang dan Sabtu dari 10 pagi hingga 2 petang, tidak termasuk cuti umum atau terus sahaja ke mana-mana 40 bilik pameran Ford yang berdaftar di seluruh negara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here