Lamborghini Aventador SVJ Coupe dipanggil semula kerana masalah penutup enjin, 221 unit terlibat

1414

Sesetengah pemilik Lamborghini Aventador SVJ Coupe berkemungkinan besar perlu memulangkan jentera mereka kepada pusat pengedar, untuk proses baik pulih bagi masalah penutup enjin.

Aventador SVJ Coupe

Panggilan semula ini dilakukan bersama National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), melibatkan 221 unit Aventador SVJ Coupe yang dihasilkan antara 4 Julai 2018 hingga 15 Januari 2021.



Oleh kerana cuaca yang sangat panas, engsel pada plastik penutup enjin mungkin rosak dan longgar, sehingga dapat menyebabkan ia tidak terkunci dengan sempurna.

Aventador SVJ Coupe

Tambah NHTSA, penutup enjin tersebut mungkin boleh terbuka dan tercabut secara tiba-tiba, jika sesebuah Aventador SVJ Coupe bergerak pada kelajuan yang tinggi.

Buat masa sekarang, belum ada kes kemalangan dan kecederaan yang dilaporkan berkaitan masalah ini.

Penyiasatan lebih lanjut terhadap kes ini akan dilakukan, dan sebelum ini pada 17 Februari, masalah ini telah disampaikan di Jawatankuasa Keselamatan Produk, di mana keputusan untuk mengumumkan penarikan semula ini dibuat.

Juruteknik bertauliah akan mengganti skru engsel penutup enjin kepada yang baharu secara percuma.

Semua maklumat tentang proses baik pulih ini akan dimaklumkan kepada pusat pengedar pada 9 April, manakala para pemilik pula akan dimaklumkan pada 9-16 April. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here