Kit Liberty Walk buatkan Lamborghini Aventador semakin rendah dan labuh, hanya 20 unit sahaja!

1895

Nama Liberty Walk sememangnya terkenal dengan penghasilan kit badan lebar untuk beberapa kereta berprestasi tinggi yang paling terkenal di seluruh dunia.

GT Evo

Kini, penala dari Jepun ini memperkenalkan satu kit badan yang menarik, dihasilkan khas untuk Lamborghini Aventador.



Diberi nama sebagai GT Evo, kit badan ini disediakan dalam empat penampilan yang berbeza, dan salah satu daripadanya diperbuat daripada bahan gentian karbon sepenuhnya.

GT Evo

Kit badan ini mula dijual pada harga USD94,600 (RM382.4k) hingga USD187,000 (RM756k), bergantung kepada jenis kit dan kemasan yang dipilih oleh pembeli.

Berdasarkan gambar, kit badan GT Evo ini merangkumi bampar depan baharu, hud kustom, splitter hadapan serta sirip aerodinamik di bahagian sisi bampar.

Selain itu, bahagian sisi pula menampilkan arca roda yang dilebarkan, penambahan skirt sisi, serta rocker panel kustom.

GT Evo

Bahagian belakang kit badan ini juga sangat menarik, dimana ia menampilkan spoiler lebih lebar yang terletak di atas arca roda belakang, sirip ikan jerung, pelindung enjin kustom dan diffuser serba baharu.

Kit badan ini akan menjadi kit badan terakhir yang dihasilkan Liberty Walk untuk model Aventador, dan ia akan dihasilkan terhad kepada 20 unit di seluruh dunia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here