#Spyshot: Generasi baharu Yamaha R15 dikesan jalani ujian enduran di India [Video]

1341

Generasi keempat Yamaha R15 dikesan menjalani ujian enduran di India yang mana penampilannya mirip model Yamaha R7 yang baru saja dilancarkan.

Rakaman video itu dimuatnaik pengguna Youtube bernama Abhinav Bhatt. Buat masa ini masih belum ada kenyataan dari Yamaha tentang pengeluaran Yamaha R15 baharu.



Bagaimanapun, video intip itu menguatkan khabar angin sebelum ini. Abhinav Bhatt berkata model yang dilihatnya itu adalah Yamaha R15 yang dipasang di Indonesia, Vietnam dan Thailand serta salah satu model prestasi terbaik Yamaha di India.

Walaupun ditutupi dengan kamouflaj seragam hitam namun boleh dilihat bentuk badannya mengambil inspirasi dari abang lebih besar Yamaha R7.

Khususnya pada sektor lampu depan yang mana terdapat projektor di tengah dan sirip inlet udara. 

Di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor menawarkan warna baharu iaitu perak buat model Yamaha YZF-R15 (2021) menyertai warna sedia ada biru dan hitam. Harga cadangan sportbike 150cc itu sekitar RM11,888 seunit.

Adakah generasi keempat R15 berkenaan bakal menjengah pasaran tempatan selepas model itu dilancarkan?. Belum tahu namun peratusan model itu dibawakan oleh HLYM adalah tinggi.  

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here