Tak sempat ke hospital, suami masuk balai bomba minta pertolongan isteri bersalin

1859

Gara-gara tidak sempat sampai ke hospital, seorang wanita selamat bersalin di dalam kereta dengan bantuan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Norsyuhadah Ahmad.

Norsyuhadah, 33 yang bertugas di BBP Kota Anggerik, Shah Alam berkata itu merupakan pengalaman pertama buat dirinya. 



Dia pada mulanya agak panik melihat bayi serta air ketuban berlumuran di tangannya, namun bertukar lega melihat wanita itu tersenyum sejurus ditunjukkan bayi yang baru dilahirkan.

Terdahulu, wanita berusia 29 tahun serta suaminya dalam perjalanan ke Hospital Shah Alam dari rumah mereka di Puncak Alam.

bersalin dalam kereta

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan air ketuban wanita itu pecah menyebabkan suaminya bertindak memasuki perkarangan balai yang terletak di Seksyen U8 Bukit Jelutong untuk mendapatkan bantuan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata kejadian berlaku sekitar jam 7 malam dan wanita itu selamat melahirkan pada jam 8:28 malam.

Wanita dan bayi kemudian diserahkan kepada petugas perubatan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba sejurus kemudian.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here