Maksud dan cara sebut nama anak Elon Musk yang pelik, iaitu XÆ A-12 Musk

4164

Boss Tesla, Elon Musk baru-baru ini menjadi topik perbualan hangat netizen, terutama di laman Twitter. Topik tersebut bukanlah tentang kontroversi kereta, malah kali ini mengenai kehidupan peribadinya.

elon musk

Elon Musk baru saja memperoleh bayi hasil hubungan bersama pasangannya yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Grimes. Nama bayi CEO Tesla ini menjadi topik perbualan hangat netizen.



Ini kerana, nama bayi itu sangat unik iaitu XÆ A-12 Musk. Ianya seperti formula untuk menyelesaikan soalan fizik. Apakah makna dan cara menyebutnya?

Elon Musk bersama pasangannya, Grimes

Elon Musk rupa-rupanya sudah menjelaskan persoalan itu melalui video di saluran YouTube The Joe Rogan Experience. Dia berkata, huruf X disebut sebagai X, seperti biasa ianya disebut.

Sementara Æ disebut dengan Ash, dan A-12 dibaca A-12 (A-Twelve). Apabila disusun semula, nama tersebut disebut sebagai Ex Ash A-Twelve Musk.

Sebelum ini banyak orang ramai meneka maksudnya. Grimes juga menerangkan secara ringkas rangkaian nama unik terbabit melalui Twitter.

Menurutnya, X adalah pemboleh ubah yang tidak diketahui, Æ adalah cara ejaan untuk AI (Artificial Intelligence), dan A-12 adalah kod jet supersonik SR-71 Blackbird.

Grimes dan Elon dikatakan sama-sama menyukai jet A-12 kerana satu-satunya senjata jet tersebut adalah kepantasan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here