Sekumpulan pelajar di Jepun bina replika Honda C100 Super Cub guna kadbod

2331

Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Teknik Yawatahama Prefektur Ehime di Bandar Hachimanhama di Shikoku, Jepun telah membentuk kadbod menjadi replika sebuah Honda C100 Super Cub.

Enam pelajar dari jurusan seni membuat kraftangan tersebut dengan sempurna dan terperinci di setiap bahagian Honda Super Cub 100. Sudah tentu, prosesnya tidak mudah.



Langkah pertama yang mereka buat adalah melukis corak pada kadbod. Setelah corak dibentuk, semua kadbod kemudian dipotong menggunakan gergaji benang.

Seorang pelajar berkata, proses menghasilkan replika ini bermula dari membuat bahagian roda kerana ianya agak mudah untuk dibuat.

Bukan hanya roda, bahagian hendal, pedal transmisi, tuas brek, hingga alas kaki dibuat dengan terperinci. Tempat duduk juga boleh dibuka dan di bawahnya terdapat tangki bahan bakar dan penutup yang dapat dibuka dan ditutup.

Kadbod yang mereka gunakan juga diperoleh dari gudang sekolah dan dibeli di kedai. Sekurang-kurangnya 50 kotak kadbod diperlukan untuk membuat replika Honda Super Cub dengan skala 1: 1.

Proses membuat replika Honda C100 Super Cub dari kadbod ini memakan masa sehingga 3 bulan. Mereka mempamerkan karya mereka di festival budaya tahunan yang diadakan oleh sekolah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here