Tiada lagi kenderaan boleh melalui jalan Chandni Chowk, India

1122

Laluan utama di Chandni Chowk, salah satu pasar di Delhi, India kini diumumkan sebagai kawasan bebas kenderaan.

Sebarang kenderaan tidak dibenarkan berada di kawasan tersebut, yang sering sesak kerana kunjungan orang ramai yang ingin mendapatkan keperluan harian.



Undang-undang ini dikuatkuasakan bermula dari Red Fort hingga ke Fatehpuri Mosque, dan berkuatkuasa pada jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Laluan itu juga kini sedang dibaik pulih, dan merupakan sebahagian daripada projek pembangunan semula dari pihak pemerintah Delhi, dengan kos anggaran mencecah 99 crore (RM55.2 juta).

kawasan bebas kenderaan

Laluan sepanjang 1.3km itu juga sebenarnya sebelum ini telah dibangunkan semula pada 1 Disember 2018 dan dijangka siap pada bulan November 2020. Namun, projek tersebut terpaksa ditangguh akibat pandemik Covid-19.

Walau bagaimanapun, undang-undang ini terkecuali sekiranya berlaku kecemasan, seperti laluan kepada trak bomba, ambulans, atau kenderaan yang membawa orang sakit atau wanita hamil.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here