Lamborghini hampir kehabisan stok untuk tahun 2021

5899

Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann menyatakan bahawa mereka kini hampir kehabisan stok pengeluaran pada tahun ini.

stok lamborghini

Menurut Winkelmann, pengeluar Itali itu telah menjual sekitar 10 bulan kapasiti pengeluaran mereka untuk tahun 2021.



Ini bermakna, setiap unit Lamborghini yang dihasilkan buat masa sekarang hingga bulan November akan datang sudah mempunyai pemilik yang menunggu untuk proses penghantaran.

Lamborghini yang merupakan anak syarikat VW Group, menyatakan proses penghantaran meningkat sebanyak 25 peratus pada suku pertama tahun 2021, kerana para pelanggan berbelanja sakan selepas tamat tempoh kuarantin.

stok lamborghini

“Walaupun ditutup selama dua bulan kerana pandemik Covid-19, Lamborghini mengakhiri tahun 2020 sebagai tahun kedua terbaiknya,” kata Winkelmann.

Sebelum ini, Lamborghini berjaya menjual sebanyak 7,430 unit kenderaan, iaitu penurunan sebanyak sembilan peratus berbanding tahun 2019.

SUV mereka iaitu Urus, mendahului jumlah jualan pada tahun 2021, dimana 1,382 unit dihantar bermula bulan Januari hingga Mac, diikuti dengan model Huracan iaitu sebanyak 753 unit dijual pada bulan Mac. Model Aventador pula mencatatkan jualan sebanyak 287 unit.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here