Cuba nasib, pemilik nak jual Honda EX-5 pada harga RM15k

3806

Sebelum ini tular video yang mengiklankan topi keledar jenama MS88 untuk dijual pada harga RM60,000 yang dipercayai cuba ‘mengajuk’ harga motosikal  Yamaha RX-Z.

Terbaharu, giliran kapcai Honda EX-5 pula mencetuskan perang harga apabila pemiliknya cuba menjual kapcai berkenaan pada harga RM15,000.



Menerusi satu perkongsian gambar di laman Facebook, kapcai berwarna merah yang sudah dibaik pulih itu kelihatan seperti baharu dengan beberapa bahagian masih dibaluti dengan plastik.

Menurut penjual, sebelum ini ada yang menawarkan harga RM10,000 buat kapcai berkenaan dan kini dia pula mencuba nasib dengan harga jualan RM15,000.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen, namun rata-rata meninggalkan pelbagai komen dan tidak bersetuju motosikal tersebut dijual pada harga yang agak tinggi.

“Tak salah orang tu cuba nasib, mana tahu ada orang yang tak bernasib baik beli moto ni.”

“Harga ni bukan kat Malaysia ni, mungkin kat Israel.”

“Beli Rm15k, insuran pun tak cover sampai Rm15k pun.”
 
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here