Hafiz Syahrin beri bayangan bersara?, bakal umum sesuatu bila tiba masanya…

1828

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mencetuskan tanda tanya mengenai perjalanan kariernya selepas memuat naik status di InstaStory akaun Instagram miliknya.

Hafiz, 27 yang dikenali dengan julukan ‘El Pescao’ mengimbas kembali perjalanan kariernya selama lapan tahun dalam kejohanan dunia berkenaan sejak 2014.



“Lapan tahun memori pahit dan manis di Kejuaraan Dunia.

“Terima kasih semua yang sokong saya sampai sini dan bantu saya selama ini. Saya takkan lupa anda semua, mana yang baik saya ambil, yang buruk saya lupakan.

“New things (sesuatu yang baharu) saya akan bagi tahu anda, bila kena dengan masa.

“Anda semua terbaik, terima kasih semua.

Hafizh bersama pasukan NTS RW Racing GP menamatkan perlumbaan GP Amerika Syarikat di tempat ke-20 selepas bermula dari petak ke-27.

Namun, persoalan pelumba negara tersebut kekal bersaing atau sebaliknya belum diketahui selepas mendedahkan akan mengumumkan perkara baharu selepas hampir sedekad menyertai perlumbaan MotoGP tersebut.

Selain itu, pengurus Hafizh, Razmin Masli Abdul Razak tidak menutup perbincangan dengan mana-mana pasukan, malah turut melihat peluang lain seperti menyertai kejua­raan luar daripada MotoGP.

Apapun, perkara ini masih belum disahkan dan kita tunggu sehingga ianya diumumkannya sendiri.

BACA>>Rossi: Aku bersara akhir musim MotoGP (2021), lepas ni mungkin join race GT3

BACA>>Hafizh Syahrin kecewa GP Malaysia batal, peminat lokal tak dapat tonton aksi akhir Rossi

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here