Usahawan terkenal tawar tiket bas percuma untuk balik ke kampung

1467

Siapa yang tidak kenal ahli perniagaan dan personaliti media sosial popular, Hafiz Mahamad yang seringkali berkongsi dengan pengikut Instagram miliknya  mengenai aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Baru-baru ini, Hafiz ada memaklumkan mahu menaja beberapa individu yang mempunyai kekangan kewangan untuk pulang ke kampung dengan membayar tiket bas perjalanan pergi dan balik.



Inisiatif tersebut mendapat perhatian umum dan ramai yang mahukan tiket bas berkenaan, namun apa yang menarik perhatian netizen apabila dia menyewa tiga buah bas penyiaran walaupun awalnya bercadang ingin menaja beberapa tiket bas untuk dua atau tiga orang sahaja.

Buat masa ini dia sudah menempah tiga buah bas dan jika permintaan tinggi dia akan menyewa sehingga enam buah bas dan destinasi yang dituju adalah dari Kuala Lumpur ke Selatan, pantai Timur dan Utara.

Selain itu, setiap penumpang boleh dapat tiga tiket dan juga disediakan makanan serta test kid Covid-19 secara percuma.

“Bas akan bergerak Jumaat ni (22 Oktober) pukul 8 malam dari Kuala Lumpur akan ke Selatan, Pantai Timur dan Utara.

“Tempat berkumpul adalah di Shah Alam dan perkhidmatan bas itu juga akan berhenti di beberapa ‘check point’ dan lokasi lain yang akan dikemaskini melalui WhatsApp,” Kata Hafiz.

Orang ramai turut mendoakan agar rezeki usahawan berkenaan terus dipermudahkan dan berharap agar akan ada lebih ramai individu sepertinya yang tetap membantu orang lain.

BACA>>Lepas helikopter, pasangan selebriti ini naik kapal layar mewah milik Tan Sri Vincent Tan

BACA>>Netizen sindir bergambar dengan Axia, Iqbal kata nak beli kereta RM 1 juta minggu nipun boleh angkat sebiji!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here