Honda Malaysia tayang video teaser City hatchback, bakal lancar tahun ini

2012

Sebelum ini kecoh tentang model Jazz bakal mengundurkan diri dari pasaran Asia Tenggara apabila tersebar sekeping gambar produksi terakhir hatchback tersebut.

Terkini, Honda Malaysia memuatnaik sebuah video teaser yang menunjukkan kemunculan model City hatchback ke pasaran tempatan sekaligus mengukuhkan khabar angin penamatan jualan Jazz tidak lama lagi. 



Video dengan kapsyen ringkas “Move aside. Y? Because This. Is. It.” (Ketepi. Y? Kerana, Inilah dia). 

Kapsyen hantaran Facebook Honda Malaysia yang menggunakan huruf Y itu sebenarnya membawa dua maksud sama ada WHY (mengapa) atau sindiran nakal Y yang dimaksudkan adalah Yaris pesaing terdekat model berkenaan di pasaran tempatan.

 

Video ringkas 10 saat itu menunjukkan City hatchback berwarna merah yang mana di hujung video tertera sebaris ayat menyatakan kemunculan model berkenaan tidak lama lagi.

Difahamkan City hatchback bakal dilancarkan tahun ini yang mana hanya berbaki dua bulan saja. Di belakang City hatchback itu juga tertera lencana e:HEV RS yang memberi petunjuk pasaran tempatan akan menerima pilihan hibrid.

Sekiranya ia menggunakan rangkaian kuasa sama seperti City RS, powertrain i-MMD baharu itu mampu menjana 253Nm tork, iaitu setaraf dengan enjin 2.5-liter aspirasi natural.

Unit i-MMD (dikenali sebagai e:HEV di peringkat global) dan terdiri dari enjin 1.5-liter berkuasa 98hp dan 127Nm tork dengan penggunaan bahan api sekitar 4.8 liter/100km.

Enjin ini dibantu oleh motor elektrik berkuasa 108hp dan 253Nm tork, memberikan City RS  output tertinggi dalam kelasnya, malah melebihi sesetengah model dalam segmen lebih tinggi.

Untuk makluman Honda City Hatchback melakukan kemunculan debut dunia di Thailand November tahun lalu.  Pasaran Thailand ditawarkan dengan tiga pilihan varian iaitu S+, SV dan RS yang dijana enjin 1.0 liter turbo dan terkini negara jiran berkenaan menerima pilihan hibrid, e:HEV RS. 

Dari segi dimensi City hatchback memilki panjang 4,345mm (4,349mm bagi RS), tinggi (1,488mm) dan jarak roda (1,748mm). 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here