Honda City Type-R hatchback dilakar dengan rekaan ala Civic FK8

6227

Baru-baru ini beberapa imej Honda City Type-R dilakar menggunakan platform model hatchback. Sebenarnya City hatchback telahpun disahkan untuk produksi, dijangka Thailand menjadi negara pertama menerima model itu. Adakah Malaysia juga akan mendapat City hatchback?

Tetapi apa pun, imej City Type-R hatchback ini nampak sangat realistik dan sporti juga. Ia mengambil banyak elemen-elemen dari Civic Type-R FK8.



Sementara itu, sebuah syarikat penalaan NKS pernah mendedahkan lakaran mereka sendiri untuk City hatchback, tetapi lakaran Type-R ini nampak lebih sporti.

Di muka depan, kita dapat lihat City Type-R ini mempunyai banyak persamaan dengan City RS yang dilancarkan baru-baru ini. Ia mendapat gril dengan bar hitam, serta rekaan bampar dan hud menyerupai Type-R FK8.

Kemudian di bahagian sisi, kita dapat lihat City Type-R ini diberikan rekaan fender lebih lebar, beberapa rongga udara, dan rim Civic Type-R FK8 Limited Edition. Not bad!

Di belakang pula, lampu belakangnya tidak jauh berbeza dari rekaan tiga-dimensi pada City sedan, tetapi ia digelapkan sedikit.

Tidak dilupakan spoiler bumbung ala AMG A45, dan rekaan ekzos tengah. Tetapi ekzosnya tunggal dan berbentuk seperti trapezoidal, tidak seperti FK8 yang menggunakan rekaan tiga ekzos di tengah.

Apa pendapat anda mengenai lakaran Honda City Type-R hatchback ini? Jika ia menjadi realiti, pasti laku keras! Tak dapat Civic Type-R FK8, dapat City Type-R ini pun dah ok!

Enjin pula sama ada 1.5-liter i-VTEC naturally-aspirated atau 1.0-liter VTEC Turbo sudah memadai, yang penting transmisi wajib manual 6-kelajuan!

Kemudian tambah pula dengan limited-slip differential LSD dan spring sport, nah, sudah ada satu jentera touge dan track day!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here