#Tips: Jangka hayat dan penjagaan bateri kereta

2471

Sebagai salah satu komponen pada kereta, bateri sudah tentu mempunyai jangka hayat tertentu sama seperti komponen yang lain.

Jadi suatu hari, sudah tentu akan tiba masanya bateri tidak lagi akan berfungsi dengan optimum atau bahkan ‘mati’ terus.



Jenis bateri kereta yang digunakan terbahagi kepada dua iaitu:

1. Bateri basah

Jangka hayat untuk bateri basah biasanya boleh mencecah sehingga 4 tahun. Untuk penjagaannya, pemilik kereta perlu sentiasa memantau paras air bateri.

bateri kereta

Pastikan ia berada pada paras normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan.

Ini bagi mengelakkan daripada plat plumbum menjadi kering, lakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. 

2. Bateri kering

Jangka hayat untuk bateri kering pula lebih pendek berbanding bateri basah, tetapi biasanya boleh mencecah hingga 2 tahun. Cara penyelenggaraan bateri ini berbeza dengan bateri basah. 

bateri kereta

Untuk penjagaan, bateri kering tidak memerlukan pemilik kereta untuk memeriksa air bateri pada setiap masa. Bateri ini akan menghasilkan debu putih pada terminal positif dan negatif. Untuk mencucinya, sebaiknya gunakan spray dengan silikon anti-karat.

Kesimpulannya, sebelum memulakan perjalanan ke tempat yang jauh, anda perlu periksa bateri terlebih dahulu. Ada kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagainya.

Dengan melakukan semakan secara ringkas ini, sekurang-kurangnya anda dapat mengelakkan daripada menanggung risiko keselamatan dan kos yang tinggi bagi tujuan pembaikan jika berlaku kerosakan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

3 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here