Honda City Hatchback dilancar di Thailand! 1.0-liter turbo 3-silinder, dari RM81k

2503

Hanya setahun selepas Honda City baharu diperkenalkan di Thailand, kini negara itu mendapat City Hatchback pula. Model lebih pendek itu telah mula menjadi bualan netizen selepas imej-imej patent mula disiarkan awal tahun ini.

Tiga varian Honda City Hatchback ditawarkan di Thailand, iaitu S+ pada 599,000 Baht (RM80,776), diikuti SV pada 675,000 Baht (RM91,025) dan RS pada RM749,000 Baht (RM101,011).



 

Dari segi dimensi, model hatchback ini mempunyai panjang 4,345mm, iaitu 208mm lebih pendek dari sedan.

 

Seperti dijangka, rupa depan City Hatchback ini sama dengan versi sedan secara keseluruhan. Bergantung kepada varian, hatchback ini mendapat lampu projektor, gril krom atau hitam, rim 16-inci (RS sahaja), antena sirip jerung, dan spoiler belakang.

Bahagian belakang lebih berbeza, dengan bumbung yang dipanjangkan untuk bertemu dengan spoiler, dan ia mempunyai cermin belakang yang curam. Sekilas pandang, rupa belakang City Hatchback ini mirip dengan Mercedes-Benz A-Class W177.

Kabin Honda City Hatchback lebih kurang sama dengan City sedan, didominasi oleh skrin 8-inci Advanced Touch pada papan pemuka (RS sahaja).

Bergantung kepada varian juga, antara kelengkapan di sini adalah sistem idling stop, pendingin hawa automatik, paparan MID putih, dan khas untuk RS, tempat duduk kulit/suede berserta paddle-shifters, lapan pembesar suara, Honda Connect dan enam beg udara.

Ciri keselamatan standard merangkumi ABS, EBD, Vehicle Stability Assist, Hill Start Assist, dan ISOFIX.

Honda City Hatchback di Thailand dikuasakan oleh enjin yang sama dengan sedan, iaitu unit 1.0-liter VTEC Turbo tiga-silinder. Enjin ini menjana 122PS dan 173Nm tork, dan dipadankan dengan transmisi CVT.

Enam warna boleh didapati untuk City Hatchback, iaitu Red Metallic, Platinum White Pearl, Meteoroid Grey Metallic, Sonic Grey Pearl, Crystal Black Pearl dan Taffeta White.

Terdapat juga aksesori tambaha Modulo yang memberikan kemasan spoiler, gril fender, pelekat pada rim, pelindung pintu dan alas but.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here