Honda CBR1000RR yang pernah digunakan oleh mendiang Marco Simoncelli kini untuk dijual

2844

Sebuah Honda CBR1000RR Fireblade yang pernah digunakan bekas pelumba MotoGP dari Itali, mendiang Marco Simoncelli difahamkan sedia untuk dijual.

Honda CBR1000RR Fireblade keluaran tahun 2011 tersebut dimiliki oleh pasukan Grisini MotoGP, dan ianya hanya untuk kegunaan dalam litar sahaja. Motosikal tersebut difahamkan digunakan oleh Simoncelli pada tahun 2011 untuk ujian peribadi.



Selain itu, motosikal ini juga dikatakan pernah digunakan oleh Michele Pirro untuk ujian peribadi di Vallelunga dan Scott Redding pada tahun 2014 untuk ujian peribadi di Jerez.
 
 
Honda CBR1000R ini difahamkan telah banyak melalui proses ubah suai untuk kegunaan litar dan mempunyai pelbagai komponen dan perincian yang menjadikannya lebih pantas.
 
Bentuk badan motosikal ini direka khas untuk kegunaan litar, dimana kebanyakan komponen dari motosikal ini adalah dari bahan gentian karbon termasuk pada tempat duduk yang nipis dan pada bahagian subframe.
 
Honda CBR1000RR
Selain itu, motosikal ini juga dilengkapi dengan roda yang ringan dan tempat pemijak kaki khas kegunaan litar yang boleh disesuaikan. Harga yang ditawarkan untuk mendapatkan motosikal ini ialah pada €48,000 (RM232k).
 
Walaupun ciri-ciri enjin motosikal ini tidah didedahkan, Honda CBR1000RR 2011 yang biasa dikuasakan oleh enjin 998cc DOHC empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan sehingga 177.02hp dan 115Nm tork.
 
 
Motosikal ini tidak pernah didaftarkan atas nama sesiapa dan juga tidak memiliki nombor pendaftaran. Kini ia difahamkan dipamerkan di bilik pameran Route da Sogno, Itali. 
 
Klik di sini jika anda ingin melihat dengan lebih lanjut tentang iklan jualan Honda CBR1000R ini.
 
Untuk makluman, Marco Simoncelli meninggal dunia ketika terlibat dalam kemalangan di Grand Prix Malaysia yang berlangsung di litar Sepang pada tahun 2011. 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here