Kastam rampas 9 motosikal kuasa tinggi tanpa cukai bernilai RM715,130

217

Sembilan motosikal berkuasa tinggi yang cuba dibawa masuk ke negara ini dari Thailand disita Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) Negeri Perlis selepas menahan seorang lelaki di Kompleks Imigresen, Kastam, Keselamatan dan Kuarantin (ICQs) Wang Kelian, 16 Februari lalu.

Pemeriksaan turut mendapati, motosikal itu tidak memiliki dokumen pembayaran cukai atau permit import sah.

Pengarahnya, Ismail Hashim berkata, kejadian berlaku jam 5 petang apabila pihaknya memeriksa sembilan motosikal yang dibawa menggunakan sebuah lori.



“Antara model motosikal itu ialah Honda CBR1000RR serta BMW S1000RR. Ia cuba dibawa masuk oleh seorang lelaki yang juga wakil syarikat pengangkutan tempatan berusia 37 tahun tanpa dokumen pembayaran cukai atau permit import sah.

“Semakan mendapati, kesemua motosikal itu baharu selesai menjalani perlumbaan litar di Buriram, Thailand malah pemiliknya dipercayai berasal dari beberapa negara seperti Eropah dan Hong Kong,” katanya.

Nilai rampasan dianggarkan RM416,500 manakala duti dan cukai tersebut dianggarkan RM715,130.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here