Proton lanjut tawaran aerokit percuma pada S70 Flagship X

343

Pada majlis pelancaran rasmi Proton S70 tahun lalu, pihak pengeluar menawarkan pakej pembeli awal melibatkan aerokit bernilai RM3,130 dan sudahpun habis. 

Terkini, menerusi perkongsian grup Facebook Proton S70 Malaysian Community (MYS70COM), Proton melanjutkan tawaran aerokit percuma berkenaan pada model Flagship X.



Menerusi memo yang dikeluarkan lanjutan tersebut hanya sah pada varian tertinggi S70 yang ditandatangani sebelum dan selepas 4 Disember 2023 dan perlu didaftarkan sebelum 30 April depan.

“Memandangkan sambutan yang menggalakkan terhadap aerokit S70 Flagship X dan cadangan PEDA melanjutkan promosi awal S70 untuk membantu peniaga menutup jualan, PESB mengumumkan tawaran pembeli awal aerokit Flagship X, sehingga diberitahu kelak.

“Bagaimanapun, bagi baucar servis percuma buat varian S70 Premium dan Flagship kekal tidak berubah yang mana tempahan sah hendaklah didaftarkan sebelum 29 Februari,” tulis memo tersebut.

Di samping itu, Proton juga akan menjadualkan perbezaan harga dan berhubung sendiri dengan wakil jualan yang telahpun mendaftarkan aerokit S70 Flagship X kepada pembeli bukan awal sebelum memo dikeluarkan.

Pihak Motoqar menghubungi pihak Proton dan mengesahkan tawaran terbaru tersebut. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here