Proton S70 capai tempahan lebih 3,000 unit, tawaran pakej pembeli awal ‘sold out’…

1593

Selepas pelancaran rasmi, Proton S70 menerima tempahan lebih daripada 3,000 unit.

Ini bermakna tawaran pakej pembeli awal melibatkan aerokit bernilai RM3,130, baucar servis bernilai RM500 dan naiktaraf program insurans Proton telahpun habis.



Bagaimanapun, pelanggan bermula daripada 3,001 boleh mendapatkan pakej aksesori yang ditawarkan Proton.

Cuma, anda perlu menambah wang dan tidak  percuma seperti mana 3,000 pemilik terawal dan yang mendaftarkan kenderaan sehingga 29 Februari 2024.

Proton menawarkan empat pakej aksesori S70 iaitu:

  • Aerokit (RM3,130) : Skirting depan, sisi, belakang dan duck spoiler
  • Premium (RM2,660) : Tray but, karpet gegelung, plat scuff pintu, visor pintu, perakam video digital (DVR), lampu lantai dan Proton X Watch
  • Urban (RM1,020) : Visor pintu, perakam video digital (DVR) dan lampu lantai 
  • Utiliti  (RM455) : Tray but, karpet gegelung dan plat scuff pintu

Selain itu, demi ketenangan minda pemilik, S70 didatangkan dengan tawaran pakej standard merangkumi :

  • Waranti 5-tahun tanpa had perbatuan
  • Enam kali caj buruh percuma
  • Data pakej 1GB/bulanan selama 5-tahun
  • Kadar faedah kewangan bermula dari 2.34 peratus
  • Program insurans Proton

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here