Thailand perkenal Honda ADV 350 baharu, harga RM24k

835

Honda Thailand memperkenalkan ADV 350 baharu dengan konsep ‘Explore Your Extraordinary’.

Honda ADV 350 direka dengan gaya skuter adventure premium yang kemudian dipadankan dengan warna badan gelap. 



Penampilan agresif skuter itu diserlahkan menerusi pemilihan lencana perak baharu bersama hendal berwarna hitam dengan pelindung tangan.

Antara ciri peralatan lain yang ditawarkan pada skuter berkenaan adalah :

  • Sistem pencahayaan LED pada lampu depan dan belakang
  • Suspensi teleskopik USD di depan dan penyerak hentak belakang dengan subtank dari Showa
  • Visor yang boleh dilaras dengan empat peringkat sehingga 133mm
  • Ketinggian jarak kelegaan tanah 155mm
  • Ruang simpanan bawah pelana bersaiz 48 liter yang boleh menempatkan dua helmet muka penuh
  • Meter kluster LCD penuh
  • Slot pengecas USB Type C
  • Alat kawalan jauh Honda Smart Key yang menghidupkan enjin tanpa kunci

Honda ADV350 baharu ditawarkan dengan enjin 330cc, 4-injap eSP+ bersama Honda Selectable Torque Control ( HSTC), Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan rim aluminium X-Shaped yang lebih ringan.

Skuter itu didatangkan dengan tiga warna baharu iaitu Red Twilight, Nightfall Black dan Misty Grey pada harga cadangan THB 186,400 (RM24,646).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here